Posts

Showing posts from January, 2023

Rendang Daging Ibu Mertua (Pahang)

  Rendang Daging Ibu Mertua (Pahang) Resepi ini saya jumpa di Internet beberapa tahun dulu. Sekarang bila search balik, tak jumpa.  Jadi saya abadikan di sini. Terima kasih kepada penulis asal resepi ini ;-) Bahan-bahan ( 5-6 orang makan ) 1 kg daging lembu (daging batang pinang) *1 biji bawang besar * 3 ulas bawang putih * 2 cm halia * 2 cm lengkuas * 2 cm kunyit hidup * 2 batang serai (* dikisar) 3 sudu besar cili kering kisar 1 paket santan serbuk / 200ml santan pekat (nak lebihkan santan pn blh) 2 sudu besar kerisik 1 keping asam gelugur Daun kunyit (diracik halus) gula & garam secukup rasa Cara-cara Gaul daging dengan bahan2 kisar & masukkan dalam kuali. Masak hingga daging hampir empuk. Masukkan santan, kerisik, asam keping & daun kunyit. Masak lagi hingga daging benar2 lembut. Tambah air sedikit sekiranya daging masih tak lembut lagi. Masukkan ...

Sambal Ikan Nenek (makan dengan nasi impit)

 Ini resepi lama, asal dari Kelantan.   Arahan dan bahan2 semua free form, jadi kena cuba adjust sendiri.   Tapi memang sedap makan dengan nasi impit dingin. Bahan2 dan cara2: Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing. Mesin sehingga halus dan jangan sampai pecah minyak. Bawang merah 5, serai 2 dihiris halus, halia 2-3 hiris. Ikan direbus . Gula merah, gula putih dan semua bahan tadi dimesin sehingga halus. Bubuh garam sedikit dan aji naik moto if suka. Lepas tu gaul dengan kelapa goreng tadi dan dimesin sekali lagi. Banyakkan gula merah berbanding gula putih.